Dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya, notis ini adalah dikeluarkan kepada semua pelanggan dan/atau bakal pelanggan kami yang dihargai untuk menerangkan hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang kami telah dan/atau akan mengutip, mengumpul dan/atau memproses.

  1. Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi

    Kami telah dan akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk urusan anda, pada masa kini atau masa depan, dengan Chur Associates® (“kami” atau “Firma”). Data peribadi anda membolehkan kami mencapai Tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam klausa 3 disini yang berkaitan dengan perniagaan kami.

  2. Sifat Data Peribadi

    Data peribadi yang anda berikan termasuk dan tidak terhad kepada nama, umur, bangsa, agama, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan atau nombor paspot, alamat surat menyurat, alamat pejabat, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, butir-butir kanak-kanak dan/atau penjaga, pekerjaan, pendapatan, maklumat kenalan, termasuk alamat e-mel, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor faks, dan nombor telefon pejabat, butir-butiran majikan, butir-butiran tanggungan dan/atau ahli keluarga, pendapat terhadap plaintif/perayu atau defendan/responden atau pihak-pihak lain dalam prosiding mahkamah undang-undang, tribunal, timbangtara, keadaan kesihatan fizikal atau mental, kepercayaan agama.

  3. Tujuan-Tujuan

    Kami mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan termasuk tanpa terhad kepada yang berikut:

    1. Perjanjian & Aturan
      • Kemasukan segala perjanjian, kontrak, memorandum, dan/atau aturan dengan pihak ketiga dan/atau kami;
      • Penilaian kredit dan semakan latar belakang lain yang kami fikir perlu atau sesuai;
        Pungutan pembayaran tertunggak di bawah perjanjian, kontrak, memorandum, dan/atau aturan urusan lain;
      • Penyampaian notis, borang, surat, minit mesyuarat, sebutharga, borang atau dokumen mahkamah yang berkaitan dan dokumen lain yang diperlukan;
      • Pelaksanaan obligasi-obligasi lain yang perlu di bawah perjanjian-perjanjian, kontrak-kontrak, memorandum-memorandum dan/atau aturan urusan lain;
    2. Perkhidmatan
      • Penyampaian perkhidmatan utama kami sama ada pada masa kini atau masa depan;
      • Prosedur pengurusan hubungan pelanggan yang kami fikir perlu dan patut termasuk tanpa terhad kepada pendaftaran di kaunter tetamu;
      • Pemprofilan aktiviti-aktiviti pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kami;
      • Komunikasi dengan anda dan penyampaian maklumat melalui e-mel, secara telekomunikasi, termasuk tanpa terhad, panggilan telefon atau mesej teks atau faks atau media social seperti Facebook, Whatsapp, Line, Wechat dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Kelas Pihak Ketiga seperti yang dinyatakan dalam klausa 5 di sini;
      • Pemindahan bayaran atau wang bagi anda di bawah perjanjian, kontrak, memorandum dan/atau aturan yang kami pegang sebagai pihak yang berkepentingan atau sebaliknya;
      • Penyediaan borang atau dokumen berkanun, termasuk tanpa terhad kepada, borang pindahmilik, borang gadaian, borang pelepasan gadaian, borang kemasukan kaveat persendirian, borang menarik balik kaveat persendirian dan lain-lain di bawah Kanun Tanah Negara, Borang-borang 41,42,43 bawah Akta Syarikat 1965, saman pemula, writ, afidavit di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan semua borang yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, perintah, undang-undang, garis panduan, pekeliling, kod berkenaan kepada kami diperlukan untuk penyampaian perkhidmatan kami kepada anda;
      • Tujuan-tujuan lain yang diperuntukkan dalam perkhidmatan atau produk khusus yang kami ditawarkan;
    3. Rekod Dalaman & Komunikasi Luaran
      • Penyimpanan rekod dalaman terutamanya dengan mematuhi peraturan dan notis oleh Majlis Peguam Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan dari masa ke semasa;
        Jemputan acara firma kami;
      • Perkongsian maklumat yang berguna, termasuk tanpa terhad kepada, produk kami/perkhidmatan kepada anda sama ada masa kini atau masa depan;
      • Bagi tujuan-tujuan yang berkaitan dengan mana-mana di atas, termasuk tanpa terhad kepada penyelidikan, penanda aras dan analisisa statistik;
    4. Pematuhan Undang-Undang
      • Pencegahan, penghalangan, laporan bagi apa-apa jenayah termasuk tanpa terhad kepada penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram; dan
      • Pematuhan kepada mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan/produk kami dan untuk mendedah di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, perintah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod berkenaan kepada kami.
  4. Sumber

    Sumber-sumber yang kami memperoleh data peribadi anda termasuk tanpa terhad kepada borang pendaftaran, perjanjian yang anda tandatangani, kad nama atau mana-mana bahan pengenalan yang anda sampaikan secara sukarela; dan direktori perniagaan atau senarai yang anda telah melanggan untuk berkongsi maklumat anda dan lain-lain.

  5. Kelas Pihak Ketiga

    Secara amnya, data peribadi anda yang kami kumpulkan akan dirahsiakan. Dengan ini, anda bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:

    1. juruaudit, rakan perniagaan, perunding perniagaan, akauntan, atau penasihat profesional yang lain dan/atau perunding sebagaimana yang kami fikirkan perlu dan sesuai;
    2. pembekal perkhidmatan pihak ketiga, termasuk tanpa terhad kepada, separuh masa penghantaran sebagaimana yang kami fikirkan perlu atau sesuai;
    3. bank atau institusi kewangan atau insurans, pihak berkuasa tanah, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mahkamah undang-undang;
    4. mana-mana pihak yang pendedahan kami adalah diwajib atau dikehendaki di bawah undang-undang atau sebagai tindakbalas kepada pihak berkuasa tempatan atau negeri atau persekutuan atau pihak berkuasa antarabangsa, pengawal selia industri, agensi penguatkuasa, pihak berkuasa berkanun, mahkamah undang-undang, tribunal, pusat timbangtara, pesuruhjaya atau majlis atau persatuan yang diberi kuasa oleh undang-undang.
  6. Kewajipan Anda

    Adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi anda kepada kami dengan kaedah yang paling tepat. Sekiranya anda tidak membekalkan data peribadi anda, kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam klausa 3 di sini dan semua hubungan yang diwujudkan atau yang akan diwujudkan antara kami hendaklah kemudiannya ditamatkan dan diberhentikan serta-merta.

  7. Hak-Hak Anda
    1. Hak mengakses kepada data peribadi
      Anda berhak untuk mengakses data peribadi anda yang kami kumpul dan proses menyampaikan notis yang munasabah.
    2. Hak membuat pembetulan data peribadi
      Anda berhak untuk membuat pembetulan data peribadi anda yang kami kumpul dan proses dengan menyampaikan notis yang munasabah. Berkenaan dengan ini, anda boleh:

      1. membuat pembetulan dan/atau kemaskini data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini; dan
      2. meminta untuk menyimpan data peribadi anda untuk memenuhi Tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam klausa 3 disini.
    3. Hak menghadkan pemprosesan data peribadi anda
      Anda berhak untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda dengan permohonan untuk menarik balik kebenaran anda sepenuhnya dalam setiap kes sebelum ini tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah.
  8. Butir-butir hubungan untuk membuat pertanyaan dan aduan mengenai data peribadi

    Jika anda ingin melaksanakan hak-hak anda dalam klausa 7 untuk membuat pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda, polisi, prosedur berhubung dengan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi firma kami seperti berikut:

    • Jabatan: Jabatan Data Peribadi
    • Telefon No.: +603-79825618 (Ms. Pancy Khor)
    • Faks No.: +603-79825148 (Ms. Pancy Khor)
    • Alamat e-mel: consult@staging.churassociates.com (Ms. Pancy Khor)
    • Alamat pos: 278, Jalan Sepakat, Taman United, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia